UTARAFM LAMBANG KEJAYAAN KIMARAGANG PDF Print E-mail
Written by Media Kimaragang on Monday, 25 July 2011 20:17   

Kota Kinabalu, 25 Julai, 2011: Utarafm adalah lambang kejayaan bangsa Kimaragang. Demikian dinyatakan oleh Penaung Utarafm, Haji Janathan Kandok dalam satu kenyataan di Ibu Negeri Sabah hari ini sempena hari ulang tahun ke 2 stesen Radio bukan konvensional berkenaan. Menurut Janathan, Utarafm yang diasaskan oleh Mohd. Jasni Ahmad Shukri berjaya menampakkan pengaruhnya kepada ratusan ribu pendengar dalam kalangan pelayar Internet di seluruh negara. " Saya dimaklumkan Utarafm kini mempunyai 35 DJ yang tekun memenuhi selera pendengar. Sudah pasti sudah ada pengaruh dalam kalangan ratusan ribu pendengar di seluruh Malaysia," katanya. Janathan menganggap pengasas Utarafm sebagai seorang yang bijak kerana mengambil peluang keemasan kemajuan teknologi komunikasi untuk mencapai impiannya memiliki radio sendiri. Menurut Janathan, memiliki sebuah stesen radio konvensional adalah sukar. Pemohon perlu memenuhi pelbagai kriteria dan syarat untuk mendapatkan lesen dari kerajaan. Tidak hairanlah tidak banyak permohonan yang diluluskan kerajaan. Mjasni tidak melalui jalan sukar untuk memiliki stesen Radio bukan konvensional kerana tidak memerlukan lesen dari kerajaan, namun jika beliau tidak mempunyai minat dan bakat maka impiannya tidak dapat dicapai. Sebagai orang Kimaragang maka kejayaan ini tentulah kejayaan bangsa Kimaragang. Janathan yakin Utarafm bakal menjadi saluran komunikasi yang lebih penting jika dikayakan dengan program program yang berunsurkan pembangunan bangsa Kimaragang. " Utarafm wajar wujud melebihi konteks hiburan. Saya percaya Utarafm akan menyokong usaha pembagunan masyarakat seperti menggalakan pembangunan tanah terbiar bangsa Kimaragang," katanya.

Last Updated ( Monday, 25 July 2011 20:27 )
 

Add comment

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday73
mod_vvisit_counterYesterday91
mod_vvisit_counterThis week164
mod_vvisit_counterLast week732
mod_vvisit_counterThis month2374
mod_vvisit_counterLast month3943
mod_vvisit_counterAll days52374

We have: 2 guests online
Your IP: 38.107.179.218
 , 
Today: May 21, 2012
Copyright © 2012 MEDIA KIMARAGANG | Besatu Padu, Maju, Menarik. All Rights Reserved. | Dibangunkan oleh Media Kimaragang