| Kimaragang, Rungus dan Tobilung akan membentuk Momogun Utara 25/07/2011
Kota Kinabalu, 25 Julai 2011 : Presiden TOBISA, En. Muji Ampau ketika dihubungi oleh Tabar Kimaragang mengulas tentang cadangan kelahiran sebuah radio online gabungan, sebagaimana diilhamkan oleh Tuan Jelani Hamdan Presiden Rungus (SAMORA). Kata beliau, pihak TOBISA tiada halangan untuk meneruskan cadangan tersebut malah tambahnya lagi perkara itu wajar menjadi kenyataan. Sementara itu, Presiden Kimaragang Malaysia, Tuan Janathan Kandok yang baru-baru ini telah menyiapkan kajian PHDnya berkata, masa untuk semua pihak menggembeleng tenaga dan fikiran untuk Utara sudah tiba sesuai dengan kelahiran persatuan-persatuan dan pertubuhan yang ada di Utara Sabah. Kata beliau lagi, semua perkara remeh yang tidak memberi manfaat untuk semua harus diketepikan kerana selain merugikan banyak pihak, ia turut tidak memberi faedah kepada persatuan itu sendiri. |
| Penyatuan bangsa Kimaragang 25/07/2011 Tanpa kita sedari selama ini kita begitu selesa dikenali sebagai orang Kadazandusun atau orang dusun sehingga tidak timbul suatu keperluan untuk menimbulkan nama bangsa sendiri. Kini tiba saatnya, zon selesa itu sudah berakhir. Sebabnya, kita sudah dewasa. Kita sudah matang. Tiada ada keperluan untuk kekal berpaut pada nama orang Kadazandusun sebab kita tahu kita memang orang Kadazandusun. Kita perlu muncul dengan nama kita sebenar, BANGSA KIMARAGANG! Apakah tindakan ini satu kesalahan. Sudah pasti tidak. dalam surat lahir kita, kita kekal sebagai bangsa Dusun atau Kadazan. Setakat ini, kita tiada niat untuk mengubah kepada bangsa Kimaragang. Dalam dokumen rasmi, kita tetap dikenali sebagai orang Kadazandusun. Bagaimanapun, bagi maksud pentadbiran masyarakat majoriti yang mendiami Tandek dan Pitas, kita perlu dikenali sebagai bangsa Kimaragang. Atas alasan yang sama, Tandek dan Pitas perlu kita namakan sebagai Wilayah Kimaragang sesuai dengan status Tandek dan Pitas yang majoritinya ba [ ... ] |
| Rombongan Ke Kuala Lumpur 19/07/2011 Oleh: Nazri Abdullah Mesyuarat Perhimpunan Bangsa Kimaragang memutuskan bahawa Tetamu Kehormat dan Perasmi Sambutan ini adalah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Menurut Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia merangkap Penasihat Perhimpunan Bangsa Kimaragang Malaysia, Tuan Janathan bin Kandok , keputusan ini mengambil kira gagasan 1Malaysia yang dicetus sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa sebelum perhimpunan itu, satu rombongan akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri sekali gus menyerahkan memorandum beberapa persatuan yang ada sekitar Kudat, Kota Marudu dan Tandek. Sementara itu, satu pertemuan yang dirancang dan akan diusahakan oleh saudara Nazri dan saudara Jasni dari Media Tabar Kimaragang iaitu pertemuan antara Persatuan Rungus ( SAMORA ) dan Tabilung dengan pertubuhan dan persatuan Kimaragang akan diadakan dalam masa terdekat . Pertemuan ini diadakan untuk perbincangan, pertukaran fik [ ... ] |
| Other Articles |

























